Monday, November 22, 2010

10 ciri-ciri perempuan yg disukai lelaki :D

1)Keanak-anakkan 
Sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya 
tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur 
dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat 
keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan 
hati tetapi sikap keanak-anakan yg bertempat 
serta tidak di buat-buat. Misalnya, kemanjaan 
wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan 
kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih 
selesa dan menjadikan perhubungan itu lebih 
berwarna. 


2)Memahami 
Sikap memahami wanita membuat lelaki berasa 
dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini adalah 
memberi dan menerima kekurangan masing- 
masing dan ini dapat mengelakkan salah faham. 
Oleh itu,terimalah teman anda seadanya. 


3)Menghargai 
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman 
lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan 
dgn lembut, lelaki suka dihargai,dipuji dgn tulus 
ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari 
wanita membuat lelaki berasa bangga.Sesekali 
pujilah teman anda. 

4)Menjaga Penampilan 
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga 
penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, 
bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik 
menunjukkan wanita tersebut menghargai 
dirinya.Dia akan murah senyuman,pandai merawat 
tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan 
memberi yg terbaik kepada dirinya.Dia suka dan 
bersyukur dengan dirinya dan secara tidak 
langsung memancarkan pesona yg menyebabkan 
lelaki juga menyukainya. Apabila sudah 
berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga 
penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan 
walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka 
isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau 
dah punya anak 3?? 

5)Pandai berbicara 
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi 
dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan 
yg disukai lelaki berbeza dgn topic kegemaran 
wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia 
bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi 
dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia 
juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta 
mengalihkan topik yg agak serius kepada 
perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka 
dengan wanita yg suka bergurau dan pandai 
berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn 
baik dan berfikiran terbuka. 

6)Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri 
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri 
mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita 
tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua 
dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. 
Apabila berhadapan dgn suasana yg baru,wanita 
tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan 
diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak 
kekok samada di bandar atau di kampung. 

7)Menghormati Diri Sendiri 
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya 
sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan 
dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati 
dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa 
yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki 
terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan 
dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. 
Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan 
tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan 
dirinya sesuka hati. 

8)Simpati dan prihatin 
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil 
berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan 
kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg 
wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. 
Tetapi,janganlah dibuat-buat,just be yourself. 

9)Pandai/suka memasak 
Ha!ini adalah bonus kepada mereka yang suka 
memasak.Lelaki biasanya suka makan masakan 
ibunya sendiri.Oleh itu apa kata sesekali anda 
memasak untuk teman anda.Tapi,jika teman anda 
jenis yang tak kisah,anda tak perlu bersusah 
payah.Apa lagi,jom ke ruangan resepi! 

10)Penuh rahsia 
Aha..lelaki juga sukakan 
surprise.Sesekali,hadiahkan teman lelaki kamu 
dengan barang yang dia idamkan.Yelah,asyik die 
je beri hadiah. 







byk an nk bca..
klau rajin bcala..
klau xrjn xyah bca..
hahahahaa..
LAYANNN OKE!!

No comments:

Post a Comment